Kolum Bulanan
Dara.com
Soal Jawab Agama
Bermimpi bagi wanita | Bermimpi bagi wanita |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Tuesday, 02 June 2009 | ||||
|
Jika seorang wanita bermimpi basah seumpama lelaki, yakni keluar air mani, perlukah dia mandi hadas besar? Bagaimana untuk membezakan antara air mani dan air mazi? Nuraini, Ledang, Johor Jawapan: Air mazi sifatnya agak cair dan ia seumpama pelincir yang keluar apabila seseorang itu dalam keadaan berahi. Jika air mazi keluar, maka tidak perlu mandi hadas besar. Memadai membasuh kesan-kesannya dengan air lalu mengambil wudhu [Shahih al-Bukhari, no: 269]. Ada pun air mani, sifatnya lebih pekat berbanding air mazi dan adakalanya mengeluarkan bau. Jika air mani yang keluar, maka wajib mandi hadas besar. Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim, no: 312, seorang wanita bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang wanita yang bermimpi sepertimana mimpi orang lelaki (mimpi basah). Baginda menjawab: “Apabila keluar daripada perempuan sebagaimana yang keluar daripada lelaki (yakni air mani), maka hendaklah dia mandi.” Jika diragui sama ada yang keluar adalah air mazi atau air mani, maka langkah yang selamat ialah menganggapnya air mani. Add as favourites (73) | Quote this article on your site | Views: 3755
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
