HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Dara.com arrow Soal Jawab Agama arrow Wanita berhadas memegang tafsir al-Qur'an
Wanita berhadas memegang tafsir al-Qur'an PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 07 May 2009

Soalan:
Adakah dibolehkan wanita berhadas besar memegang tafsir al-Qur’an?

Nurul Syaheeda, Pokok Sena, Kedah.

Jawapan:
Sama ada mushaf atau tafsir, kedua-duanya mengandungi ayat al-Qur’an. Sebahagian orang membezakan antara mushaf dan tafsir, padahal yang benar kedua-duanya sama kerena tetap mengandungi ayat-ayat al-Qur’an.


Terdapat dua pendapat di kalangan ahli ilmu berkenaan menyentuh sesuatu yang mengandungi ayat al-Qur’an. Pendapat pertama melarangnya berdasarkan firman Allah: “(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.” [Surah al-Waqiah, ayat 79] Juga sebuah hadis yang bermaksud: “Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.”

Pendapat kedua membenarkannya kerana makhluk suci yang dimaksudkan dalam ayat 79 surah al-Waqiah ialah malaikat dan bukannya manusia. Sementara hadis yang melarang diperbincangkan kekuatannya manakala perkataan orang yang suci, adakah ia merujuk suci dari najis, suci dari hadas kecil, suci dari hadas besar atau suci dari sudut akidah? Kesamaran-kesamaran ini menyebabkan pihak yang mencenderungi pendapat kedua tidak menjadikan hadis di atas sebagai dalil mahupun hujah.

Di antara dua pendapat di atas, saya mencenderungi pendapat kedua kerana al-Qur’an ialah kitab panduan bagi seorang muslim yang diperlukan dalam semua suasana dan keadaan. Lebih dari itu, seandainya menyentuh al-Qur’an oleh orang yang berhadas besar merupakan sesuatu yang haram, nescaya Allah dan Rasul-Nya akan melarang dengan tegas dan tepat sehingga tidak timbul perbezaan pendapat. Di sebalik kecenderungan di atas, saya tetap menghormati pendapat pertama yang melarang sentuhan al-Qur’an dalam keadaan hadas besar.


Add as favourites (64) | Quote this article on your site | Views: 3002

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

742,504Visitors:
6Visitors today:
748Visitors yesterday:
333.01Visitors per day: Ø
3,506,462Page views:
53Page views today:
2,287Page views yesterday:
1,572.63Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
1,649Page views this page:
64Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.