|
Bersalam dengan bapa saudara |
|
|
|
|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Friday, 16 January 2009 |
Soalan Saya amat rapat dengan ibubapa saudara sejak kecil dan kami sering bersalaman. Akan
tetapi kini bila telah dewasa, saya keliru hukum bersalaman dengan orang yang tidak memiliki pertalian darah dengan saya. Apakah hukum bersalaman dengan bapa saudara saya itu?
Fatimah, Jitra, Kedah. Jawapan: Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada sekumpulan muslimah yang datang untuk memberikan
janji taat setia (bai‘ah) kepada baginda. Setelah melafazkan janji-janji itu, mereka bermaksud untuk bersalaman dengan Rasulullah sebagai pengikat janji taat setia. Rasulullah s.a.w.
menerima janji taat setia mereka tetapi tidak bersalaman dengan mereka, seraya bersabda: “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita.” [Shahih Sunan
An-Nasa’i, no: 4192] Berdasarkan hadis ini, timbul dua
penafsiran hukum. Pertama, keengganan Rasulullah bersalaman dengan para wanita itu menunjukkan bahawa hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah haram.
Kedua, keengganan Rasulullah bersalaman dengan para wanita itu sekadar
menunjukkan adab yang dianjurkan dalam Islam. Tindakan asal para wanita itu hendak bersalaman dengan Rasulullah menunjukkan budaya bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah
suatu kebiasaan pada zaman itu. Di sebalik budaya bersalaman itu, tidak ada nas yang tegas dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang melarangnya. Seandainya ia haram, Rasulullah akan terus menegur
para wanita yang ingin bersalaman dalam hadis di atas atau pada ketika-ketika yang lain. Semua ini menunjukkan bahawa hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak haram,
hanya ia tidak sesuai dengan adab Islam. Dalam bab ini
terdapat sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya lebih baik kepala seseorang di antara kalian ditusuk dengan jarum besi daripada menyentuh seorang wanita yang tidak halal
baginya.” [Mu’jam al-Kabir al-Thabarani, 20/211 dengan sanad yang hasan]. Namun perkataan “menyentuh” dalam bahasa Arab boleh bererti sentuhan biasa dan
boleh juga bererti zina. Hadis ini tidak boleh dijadikan sumber hukum mengharamkan bersalaman kerana berdasarkan kaedah usul fiqh, tidak boleh mengeluarkan satu hukum yang pasti terhadap nas yang
memiliki beberapa pengertian. Kesimpulannya, adab Islam
tidak menganjurkan bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Akan tetapi jika bersalaman dalam beberapa suasana terpencil memiliki kemaslahatan di sebaliknya, maka tidak mengapa
untuk bersalaman.
Add as favourites (90) | Quote this article on your site | Views: 4636
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com All right reserved |