HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Dara.com arrow Soal Jawab Agama arrow Khayal kelunakan suara imam
Khayal kelunakan suara imam PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 16 January 2009

Soalan

Saya seorang pelajar IPTA dan mengenali seorang lelaki yang merangkap imam masjid di kampus. Saya tidak pernah berhubung dengannya, akan tetapi saya sering terleka mendengar bacaan al-Qur’annya ketika menjadi makmum. Kini dia sudah tamat pengajian tetapi suaranya masih beralun dalam di fikiran saya. Bagaimana sepatutnya saya menghindari masalah ini?

Fateha, Kelantan.

Jawapan:

Jika anda masih teringatkan pelajar lelaki itu, hubungilah dia dan nyatakan hasrat anda untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Sebagai seorang wanita anda tidak perlu segan-segan kerana Khadijah, isteri pertama Rasulullah s.a.w., juga telah mengorak langkah yang pertama ke arah alam perkahwinan dengan baginda. Jika lelaki itu tidak berminat, maka keluarkan dia dari fikiran anda dengan dua cara. Pertama, sedarilah bahawa alunan suaranya di fikiran anda tidak lain adalah suara syaitan. Kemampuan syaitan bersuara telah saya jelaskan dalam buku saya “7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam”. Oleh itu ucapkanlah “A‘uzubillah himinash syaitan nirrajim” secara bersungguh-sungguh setiap kali syaitan mengganggu anda dengan alunan suara itu.

Kedua, berdoalah kepada Allah agar fikiran atau hati anda tidak diganggu dengan ingatan kepada lelaki itu. Jika dirujuk ayat 33 surah Yusuf, akan didapati Nabi Yusuf sendiri berdoa kepada Allah agar terpelihara daripada fitnah wanita. Jika seorang manusia berpangkat Nabi berdoa sedemikian, maka sudah tentu anda sebagai seorang manusia biasa lebih patut berdoa agar terpelihara daripada fitnah lelaki. Berdoalah kepada Allah, nescaya Allah mendengar dan mengabulkannya.


Add as favourites (70) | Quote this article on your site | Views: 2415

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

742,511Visitors:
13Visitors today:
748Visitors yesterday:
333.01Visitors per day: Ø
3,506,565Page views:
156Page views today:
2,287Page views yesterday:
1,572.67Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
1,125Page views this page:
88Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.