Kolum Bulanan
Dara.com
Soal Jawab Agama
Cara bertaubat. | Cara bertaubat. |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Friday, 16 January 2009 | ||||
|
Soalan Adakah cukup dengan lafaz “aku bertaubat dan menyesal” dengan perbuatan lama serta cuba untuk menjadi hamba yang soleh/solehah sahaja tanpa melakukan solat sunat taubat atupun taubat nasuha? Gadis ingin tahu, Shah Alam Penjelasan:
Tidak perlu apa-apa lafaz untuk bertaubat. Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang ingin bertaubat: (1) Menyesali perbuatan salah yang telah
dilakukan. (2) Memohon keampunan kepada Allah. Ini dilakukan dengan solat sunat taubat sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 406. (3) Berhenti melakukan
kesalahan tersebut dan (4) Berusaha untuk memperbanyakkan amal shalih seperti kerja-kerja sukarelawan yang bermanfaat untuk agama dan masyarakat. Langkah keempat adalah penting supaya orang
yang bertaubat berterusan dengan taubatnya. Jika dia memperlekehkan amal shalih, kemungkinan besar dia akan kembali melakukan kesalahan yang awal. Add as favourites (79) | Quote this article on your site | Views: 6507
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
