Kolum Bulanan
Dara.com
Soal Jawab Agama
Fail audio al-Quran dan tandas | Fail audio al-Quran dan tandas |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Wednesday, 14 January 2009 | ||||
|
Saya ada menyimpan fail audio ayat-ayat al-Quran dalam talifon bimbit saya. Bolehkah saya bawa masuk talifon berkenaan ketika masuk ke tandas walaupun saya tidak membuka fail audio tersebut.
Boleh membawa ke dalam tandas talifon bimbit, PDA, pemain MP3, komputer riba, Walkman, Discman dan sebagainya yang mengandungi ayat al-Qur’an. Ini kerana
ayat-ayat tersebut tersimpan dalam bentuk data dan tidak tertulis sebagai satu mushaf. Ia tidak berbeza dengan diri kita sendiri yang memasuki tandas padahal dalam kepala atau hati kita
tersimpan ayat-ayat al-Qur’an yang telah dihafal. Yang ditegah ialah membawa mushaf al-Qur’an ke dalam tandas, demi menjaga kesucian dan kehormatan mushaf al-Qur’an. Pengecualian adalah dalam suasana terpaksa, seperti seseorang yang sedang musafir lalu dia terpaksa ke tandas. Pada saat itu pula dia tidak ada rakan yang amanah untuk dia minta jagakan beg, yang di dalamnya tersimpan mushaf al-Qur’an. Jika dibiarkan beg di luar tandas, nescaya ia akan dirampas sehingga tidak diketahui nasib mushaf al-Qur’an tersebut. Dalam suasana terpaksa seperti ini, tidak mengapa membawa beg yang mengandungi mushaf al-Qur’an ke dalam tandas. Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang sedia mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh para hamba-Nya. Add as favourites (72) | Quote this article on your site | Views: 2181
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
