|
Ditulis oleh Pengendali Laman
|
|
Wednesday, 14 January 2009 |
Soalan Adakah terdapat atur cara tertentu untuk melaksanakan puasa sunat 6 hari pada bulan
Syawal? Jawapan: Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal amat dianjurkan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa
yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti puasa sepanjang tahun” [Shahih Muslim, hadis no: 1164] Adapun atur
caranya, maka:
-
Ia paling awal dimulai pada 2 Syawal. Tidak boleh berpuasa pada 1 Syawal kerana ia adalah
hari Aidil Fitri.
-
Boleh berpuasa terus 6 hari berturut-turut. Boleh juga secara berpisah-pisah, asalkan
jumlah 6 hari digenapkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.
-
Lebih afdhal mengqadha puasa Ramadhan jika ada yang ditinggalkan. Hutang yang wajib perlu
dibayar lebih dahulu dari sedekah yang sunat.
-
Ada pandangan yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa
sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Pandangan ini amat masyhur di negara kita. Akan tetapi ia adalah pandangan yang tidak memiliki dalil. Sumber rujukan bagi ibadah puasa ialah
al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukan shampu rambut 2 dalam 1.
Add as favourites (68) | Quote this article on your site | Views: 2354
Only registered users can write comments. Please login or register. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com All right reserved |