Kolum Bulanan
Dara.com
Cahaya Rohani
Ogos 2008: Bersyukur | Ogos 2008: Bersyukur |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Wednesday, 07 January 2009 | ||||
|
Anda sekarang sedang membaca majalah Dara.com. Anda memegangnya dengan tangan, membaca dengan mata dan memahaminya dengan akal fikiran. Anda mungkin sedang membacanya sambil duduk atau baring. Kulit anda dilindungi pakaian, diri anda dilindungi bumbung. Keadaan nyaman, sama ada kerana angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa atau kerana kipas angin yang berputar senyap. Semuanya indah dan baik. Sebegitu indah dan baik sehingga kita jarang-jarang memikirkannya, apatah lagi bersyukur tentangnya. Seterusnya perhatikan juga semua organ badan kita yang berfungsi secara automatic seperti degupan jantung, pernafasan, mata yang berkelip, sistem pencernaan makanan sehingga kulit yang tercalar lalu ia sembuh sendiri. Perhatikan juga alam yang berfungsi secara automatic seperti bumi yang sentiasa berputar sambil bergerak dipaksinya, matahari yang sentiasa bersinar, awan yang sentiasa terbentuk, angin yang sentiasa bertiup sehingga kepada hujan yang turun di sana sini. Kesemua fungsi automatic ini dan selainnya bukan berlaku secara kebetulan tetapi adalah nikmat Allah kepada kita. Memadailah sekadar dua perenggan kerana jika hendak disenaraikan semua nikmat Allah kepada kita, nescaya ia akan menjadi berjilid-jilid tebalnya. Itupun jika kita menyedari nikmat tersebut. Kebanyakan nikmat tidak kita sedari kewujudannya kerana sudah biasa kita nikmati. Atas dasar inilah Allah menerangkan hakikat: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.” [Surah Ibrahim, ayat 34] Sekalipun tidak dapat menghitung kesemua nikmat Allah kepada kita, dengan sedikit penghayatan dan pengamatan, kita akan sedar bahawa ia amat banyak lagi tidak bernilai. Kesedaran ini akan menyebabkan kita ingin bersyukur kerana dengan bersyukur, kenikmatan itu akan bertambah melimpah ruah. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu.” [Surah Ibrahim, ayat 7] Sebaliknya jika kita “buat tak tahu saja”, yakni tidak mensyukurinya, nikmat tersebut akan ditarik balik dan diganti dengan kesukaran dan kekurangan: “Dan Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu (tidak bersyukur), maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.” [Surah al-Nahl, ayat 112] Bagaimanakah cara bersyukur? Ia tidak memadai dengan mengucapkan “Alhamdulillah” sahaja. Bersyukur memiliki empat rukun yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin, iaitu:
Pertama: Beriktikad bahawa tiada yang memberi nikmat melainkan Allah.
Kedua: Sentiasa mengingati nikmat-nikmat
Allah.
Ketiga: Menyebut-nyebut nikmat Allah.
Keempat: Memanfaatkannya. Add as favourites (84) | Quote this article on your site | Views: 2476
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
