HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Buku arrow Buku Baru Jun 2008
Buku Baru Jun 2008 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Siti   
Thursday, 05 June 2008

kuburan.jpg

Assalaamu`alaikom warohmatullahi wabarokaatuh...
Di umumkan buku baru tulisan Akh Mohd Yaakub Mohd Yunus:

JUDUL: Persiapan Menghadapi Kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri

KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal bangsa, kedudukan dan kekayaan, cuma ajal maut itu tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara sama ada disebabkan menghadapi sesuatu penyakit, kemalangan atau kematian mengejut. Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempercepat atau menangguhkan. Setiap manusia perlu sentiasa bersiap sedia terutama dari segi amalan supaya kematian disambut dalam keadaan yang bebas daripada sebarang dosa. Manusia yang tenggelam dalam kemewahan duniawi, dikuasai hawa nafsu dan maksiat, mungkin tidak begitu memikirkan mengenai kematian.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa mengingati kematian, akan lebih berwaspada menghadapi liku kehidupan dan berusaha menurut perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya.

Di dalam buku ini, penulis melakarkan cara terbaik untuk mengingati kematian antaranya, perlu menziarahi kubur kerana ia dapat membantu kita mengingatkan mengenai nasib yang sama menghadapi kematian, menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengkebumian.

Mengingati kematian hanya sekadar meyakinkan ajal pasti tiba dan perlu mempersiapkan diri menghadapinya, selain menimbulkan ketenangan jiwa dengan kesulitan.

Ini sekali gus memberi kesedaran kesenangan berbentuk duniawi tidak kekal. Hanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling
bijaksana.

Bagi menghadapi kematian itu, seseorang itu perlu bertaubat kerana kehidupan kita tidak sunyi daripada melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam terutama kalangan mereka yang hanyut dengan perbuatan maksiat. Keinginan bertaubat hanya akan terdetik apabila timbul kesedaran perbuatan itu salah, boleh menghancurkan hidup, meragut kebahagiaan di akhirat, membunuh jiwa serta punca regang hubungan dengan Allah.

Namun, bertaubat akan mudah dilakukan dengan menyedari kesalahan dilakukan dan berazam untuk memperbaiki serta menjauhi perbuatan yang melanggar syariat.

Bagaimanapun, bagi memastikan taubat itu diterima, sewajarnya, mereka menghentikan segala maksiat, menyesal atas perbuatan dilakukan dan berazam bersungguh tidak mengulangi.

Apa yang pasti, amalan bertaubat itu akan dapat menyucikan diri daripada dosa dan Allah mengasihi mereka, sikap segera bertaubat adalah ciri-ciri orang orang berjaya, dapat menghindarkan diri menerima azab pedih di dunia dan akhirat dan akan bebas dari sifat golongan orang yang zalim.
 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

742,521Visitors:
23Visitors today:
748Visitors yesterday:
333.01Visitors per day: Ø
3,506,650Page views:
241Page views today:
2,287Page views yesterday:
1,572.70Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
1,196Page views this page:
125Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.