HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Pandangan Ibn Taimiyyah Dalam Tasawuf PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 01 August 2007
Index Artikel
Pandangan Ibn Taimiyyah Dalam Tasawuf
Halaman 2
Halaman 3
Halaman 4
Halaman 5
Halaman 6
Halaman 7
Halaman 8
Halaman 9
Halaman 10
Halaman 11
Halaman 12
Halaman 13


Bahagian Kedua: Pandangan Ibn Taimiyyah Dalam Tasawuf.

Pandangan Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) dalam tasawuf ialah pandangan yang adil lagi berdasarkan ilmu. Sifat adil ini menyebabkan beliau berada di pertengahan, tidak ekstrim ke kanan dalam menerima apa sahaja yang disandarkan atas nama tasawuf dan tidak ekstrim ke kiri dalam menolak apa sahaja yang disandarkan atas nama tasawuf. Ukuran yang beliau gunakan untuk berada di pertengahan antara dua ekstrim di atas adalah ilmu yang diambil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih berdasarkan pemahaman generasi al-Salaf al-Shalih.

Untuk memperoleh gambaran sebenar tentang sikap pertengahan Ibn Taimiyyah ini, tiada cara yang lebih baik melainkan dengan merujuk kepada hasil tulisan beliau sendiri. Akan tetapi memandangkan tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah dalam subjek tasawuf ini sangat luas dan banyak, penulis hanya akan mengemukakan beberapa nukilan sahaja sesuai dengan tajuk dan ruang lingkup kertas kerja ini. Kita mulakan dengan mengkaji pandangan umum Ibn Taimiyyah dalam tasawuf.

 

[1]            Pandangan Ibn Taimiyyah Tentang Ilmu Tasawuf.

Sepertimana yang disebut di atas, sikap Ibn Taimiyyah tentang tasawuf adalah di jalan pertengahan antara ekstrim yang menerima secara keseluruhan dan ekstrim yang menolak secara keseluruhan. Beliau berkata:[16]

    Sekumpulan orang menerima (secara keseluruhan) baik yang benar tentang tasawuf mahupun yang salah tentang tasawuf manakala sekumpulan lagi mengingkari (secara keseluruhan) baik yang benar tentang tasawuf mahupun yang salah tentang tasawuf. Ini sebagaimana segolongan ahli kalam dan ahli fiqh. Sikap yang benar adalah, sesungguhnya sesuatu itu diterima – sama ada berkenaan tasawuf atau selainnya – hanya apabila ia selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Dan sesuatu itu diingkari – sama ada berkenaan tasawuf atau selainnya – apabila ia berselisihan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Di tempat yang lain Ibn Taimiyah berkata:[17]

Dalam tasawuf wujud orang yang benar dan orang yang silap sebagaimana yang ditemui pada orang-orang selain mereka (dalam bidang yang lain). Tidaklah pada perkara yang sedemikian menandingi para sahabat dan tabi‘in (kerana) tidak ada seorang jua yang maksum dalam setiap perkataannya (pendapatnya) kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maksud Ibn Taimiyyah, kesilapan-kesilapan yang wujud di kalangan sebahagian ahli tasawuf tidaklah lebih berat atau lebih ringan daripada kesilapan generasi sahabat dan tabi‘in kerana semua manusia sedikit atau banyak pasti berbuat silap kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ibn Taimiyyah memperjelaskan lagi hal ini di tempat yang lain:[18]

    Penelitian ke atas persoalan ini mendapati bahawa (ilmu tasawuf) mengandungi sesuatu yang terpuji dan yang tercela sebagaimana juga jalan (ilmu) yang lain. Yang tercela daripada ilmu tasawuf adakalanya bersifat ijtihad dan adakalanya tidak. Kedudukan para ahli tasawuf dalam perkara ini adalah sebagaimana kedudukan para ahli fiqh dalam mengeluarkan pendapat. Pendapat para ahli fiqh adakalanya turut tercela, apatah lagi pendapat ahli ibadah dan golongan orang ramai.

 


 
< Prev   Seterusnya >

 
 

 Hubungi Penulis di:

019-3848467 (SMS sahaja)
hafizfirdaus@hotmail.com

Dapatkan buku karangan Penulis di:
Jahabersa

Hantarkan soalan anda ke:
al-fikrah.gif 
Dapatkan karya bermanfaat di:
karangkraf.jpg

Masukkan E-mail anda:

jemputan.gif

Statistik

742,561Visitors:
63Visitors today:
748Visitors yesterday:
333.02Visitors per day: Ø
3,506,995Page views:
586Page views today:
2,287Page views yesterday:
1,572.81Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
214Page views this page:
298Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.