|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Wednesday, 01 February 2012 |
|
Dalam Ayatul Kursi yang lazim kita baca, terdapat sepotong ayat yang bermaksud …dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan
apa yang dikehendaki-Nya. Potongan ayat yang pendek ini memiliki pengajaran yang sangat besar dan inilah yang ingin saya tarik perhatian para pembaca sekalian pada bulan
ini.
Dewasa ini, ilmu pengetahuan manusia sangat berkembang luas lagi maju. Pelbagai teknologi canggih dalam bidang perubatan, kejuruteraan, pengangkutan, ketenteraan
dan komunikasi tidak pernah ketandusan dalam menghasilkan sesuatu yang baru. Ambil saja contoh bidang komunikasi, banyak cara untuk kita berkomunikasi sekarang ini sehingga adakalanya kita
menjadi keliru cara apakah yang hendak digunakan.
Dalam keghairahan kita berinteraksi dengan ilmu-ilmu ini, kita sering lupa dari manakah asalnya ilmu tersebut dan siapakah yang memberinya. Malah bukan sahaja
dalam ilmu keduniaan, ilmu agama juga termasuk dalam kategori ini. Dalam kesungguhan kita menuntut ilmu agama, mendapatkan kelulusan tinggi ke tahap kedoktoran (PhD) dan menyampaikannya, kita
juga adakalanya lupa sumber ilmu tersebut dan siapakah yang mengurniakannya.
Be first to comment this article | Add as favourites (12) | Quote this article on your site | Views: 108 |
|
Baca lagi...
|
|
Dis 2011: Apa Lagi Alasan Kita? |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Wednesday, 04 January 2012 |
|
Sedang saya duduk-duduk memikirkan topik sesuai untuk kolum Catatan Dari 40,000 Kaki bulan ini, tiba-tiba datang sebuah bungkusan yang dihantar oleh van Pos
Laju. “Owh! Akhirnya sudah sampai” bisik hati saya.
Bungkusan tersebut berasal dari syarikat Lidwa Pusaka, Indonesia. Saya sudah hampir lupa
mengenainya kerana ia mengambil masa hampir dua bulan untuk sampai. Saya memesan melalui online dan membuat pembayaran melalui kad kredit. Saya mendapat harga istimewa alhamdulillah,
kerana merupakan pengguna lama yang naik taraf (upgrade) ke versi baru. Sebuah CD berharga
RM73.00, dengan setiap CD boleh digunakan untuk tiga komputer yang berbeza. Tentu saja saya membeli versi tulen kerana tidak patut seorang Muslim mencuri hasil kerja orang lain, baik daripada
seorang Muslim atau yang belum Muslim.
Terfikir, kenapa begitu lama, padahal hanya dari negara jiran. Teringat saya bahawa sebelum ini pernah memesan buku dari Amazon.com dan ia sampai dari Amerika Syarikat ke rumah saya dalam masa lebih kurang 10 hari sahaja. Tentu saja kita inginkan agar
syarikat-syarikat Muslim dapat memberi prestasi yang sama cemerlang, atau lebih baik. Tempoh dua bulan memang terlalu lambat, moga dapat diperbaiki dalam masa akan datang.
Be first to comment this article | Add as favourites (24) | Quote this article on your site | Views: 493 |
|
Baca lagi...
|
|
Nov 2011: Kisah Ali dan Fathimah |
|
|
|
|
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
|
|
Wednesday, 30 November 2011 |
|
Kali ini saya ingin menyentuh tentang poligami. Bukan hukumnya mahupun suka-duka poligami, akan tetapi
tentang sebuah hadis yang kerap digunakan sebagai hujah untuk menolak poligami. Hadis yang saya maksudkan merujuk kepada tindakan Ali bin Abi Thalib – semoga Allah meredahinya –
yang melamar puteri Abu Jahal sebagai isteri keduanya, dengan memadukan Fathimah binti Muhammad, semoga Allah meredhainya juga.
Apabila hajat Ali untuk berpoligami ini sampai kepada Rasulullah, baginda melarangnya. Ini boleh dilihat
dalam hadis berikut:
al-Miswar bin Makhramah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Thalib pernah meminang puteri Abu Jahal
dengan memadukan Fatimah. Lalu aku mendengar Rasulullah berkhutbah di atas mimbar ini mengenai hal itu, yang pada waktu itu aku sudah baligh. Baginda bersabda: “Sesungguhnya
Fatimah adalah bahagian daripadaku. Sesungguhnya aku takut terjadi fitnah pada agamanya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3110 (Kitab Fard al-Khumus, Bab berkenaan baju besi
Nabi, tongkat, pedang…)]
Be first to comment this article | Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 1434 |
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 15 terhadap 40 |