HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama
Dara.com
Imam Dan Makmum Berlainan Niat. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan:

Jika saya sedang solat jamak dan qasar lalu ada orang yang menepuk bahu mengajak solat berjamaah, apakah yang patut saya lakukan?

Farhana, Paka, Terengganu.

 

Jawapan:

Teruskan solat anda sebagai imam. Dibolehkan bagi imam dan makmum berlainan niat dalam solat masing-masing.

Be first to comment this article | Add as favourites (3) | Quote this article on your site | Views: 27

 
Paras Tudung. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan:

Bolehkah memakai tudung di paras dada?

 

Jawapan:

Boleh, berdasarkan firman Allah: Dan hendaklah mereka (para wanita) menutupkan kain tudung ke dadanya. [al-Nur 24:31] Namun adalah lebih utama jika ia dilabuhkan ke bawah buah dada agar tidak mudah tersingkap jika ditiup angin atau ketika sibuk dengan aktiviti harian.

Be first to comment this article | Add as favourites (1) | Quote this article on your site | Views: 15

 
Cara Mandi Jenazah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan:

Saya ingin tahu, bagaimanakah cara memandikan jenazah?

Nurul, Kuala Terengganu, Terengganu.

 

Jawapan:

Soalan yang baik tetapi ia bukanlah sesuatu yang dapat diterangkan dalam kolum majalah. Disarankan menghubungi masjid terdekat dan meminta mereka mengadakan kursus pengurusan jenazah khas bagi anda dan semua rakan-rakan sepengajian. Kursus ini adalah penting kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa. Memiliki ilmu tentangnya membolehkan anda membantu sekadar yang boleh.

Be first to comment this article | Add as favourites (1) | Quote this article on your site | Views: 16

 
Dilema Nazar. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan:

Saya pernah bernazar iaitu berpuasa 20 hari setelah mendapat 2A dalam peperiksaan. Kini sudah enam tahun berlalu, tapi saya tidak menunaikan nazar. Saya pernah berpuasa tetapi diniatkan bersama puasa ganti. Adakah puasa saya terbatal? Bolehkah saya membayar fidyah, sedangkan saya sihat tubuh badan?

Fadilah, Pedas, Negeri Sembilan.

 

Jawapan:

Tidak boleh meniatkan dua atau lebih puasa dalam satu hari kerana setiap ibadah puasa tersebut memiliki hari-harinya yang tersendiri. Seandai boleh meniatkan dua atau lebih puasa dalam sehari, maka kita tidak perlu berpuasa Ramadhan 30. Memadai dengan puasa sehari tetapi dengan niat untuk 30 hari.

Apa pun, yang lepas biarkan lepas. Allah adalah tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, moga-moga Allah menerima puasa ganti tersebut. Namun nazar adalah satu bentuk sumpah janji kepada Allah dan ia hendaklah dikotakan. Anda boleh membayar fidyah, yakni memberi makan sepuluh orang miskin makanan yang biasa anda dan keluarga anda makan [al-Maidah 5:89]

Akan tetapi jika anda menunaikan nazar tersebut adalah lebih utama, apatah lagi berpuasa selama 20 hari bukanlah sesuatu yang sukar. Dengan disiplin, keazaman dan berdoa memohon pertolongan Allah, pasti anda akan dapat menunaikannya.

Be first to comment this article | Add as favourites (1) | Quote this article on your site | Views: 15

 
Sixth Sense. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan: 

Apakah boleh dipercayai bahawa manusia memiliki indera keenam atau sixth sense?

Agustina, Puchong, Selangor.

 

Jawapan:

Sixth sense adalah kemampuan untuk mengesan atau mengetahui sesuatu perkara yang tidak dapat dikesan oleh indera penglihatan, pendengaran, bau, rasa (lidah) dan sentuhan. Dalam Islam, sixth sense ini disebut sebagai firasat. Dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa: Takutlah pada firasat orang mu`min karena sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah. [Sunan al-Tirmizi, no: 3052]

Riwayat hadis di atas sekali pun lemah, maksudnya adalah benar. Ini kerana Allah boleh saja memberikan firasat kepada mana-mana hamba-Nya yang terpilih, khususnya mereka yang berilmu dan mempraktikkan ilmunya. Dalam erti kata lain, jika seseorang itu memiliki firasat maka itu adalah anugerah Allah dan bukannya atas kehebatan dirinya sendiri.

Firasat ini Allah berikan dengan memasukkan terus ke dalam hati seseorang dan ini disebut sebagai ilham dan kasyaf. Boleh juga melalui lintasan hati yang dibisikkan oleh malaikat. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya bagi setiap anak Adam (yakni manusia) ada sentuhan syaitan dan sentuhan malaikat. Ada pun sentuhan syaitan, ia mengajak kepada keburukan dan mendustakan kebenaran. Manakala sentuhan malaikat, ia mengajak kepada kebaikan dan menegakkan kebenaran. 

Maka sesiapa yang merasai sentuhan kebaikan, ketahuilah bahawa ia adalah dari Allah (melalui perantaraan malaikat) dan hendaklah dia memuji Allah (dengan menyebut Alhamdulillah). Sebaliknya sesiapa yang merasai sentuhan sebaliknya hendaklah dia meminta perlindungan Allah daripada syaitan (dengan menyebut A’uzubillahi minash syaitan). [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2988]

Boleh juga melalui mimpi sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah: Mimpi itu ada tiga macam: (1) Mimpi yang baik sebagai kabar gembira dari Allah. (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syetan. (3) dan mimpi yang timbul karena ilusi angan-angan, atau khayal seseorang. [Shahih Muslim, no: 4200]

Apa yang penting adalah, apabila seseorang itu merasakan dirinya memiliki firasat, hendaklah dia mengukurnya dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini kerana kerap kali yang diperolehi oleh seseorang muslim bukanlah ilham, kasyaf, bisikan dan mimpi daripada Allah tetapi daripada syaitan. Justeru sebagai contoh, jika seseorang itu berfirasat bahawa si fulan adalah pencuri, hendaklah dia membuktikannya dengan persaksian orang-orang yang jujur. Jika tiada saksi, hendaklah dia mengabaikannya dan tidak berburuk sangka bahawa si fulan adalah pencuri. 

Be first to comment this article | Add as favourites (2) | Quote this article on your site | Views: 17

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 294
 
 

Statistik

739,835Visitors:
365Visitors today:
644Visitors yesterday:
332.33Visitors per day: Ø
3,497,833Page views:
1,242Page views today:
1,954Page views yesterday:
1,571.20Page views per day: Ø
4.73Page views per visitor: Ø
2,405Page views this page:
159Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.