HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Buku
Buku
Buku baru: 47 Persoalan Qadar dan Qadha PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 07 May 2011

 

 Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan penerbitan buku saya yang terbaru seperti berikut:

 

47persoalantakdir.jpg

Judul: 47 Persoalan Qadar dan Qadha.

 

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-235 1602).

 

Harga: RM20.00 (290 mukasurat, soft cover).

 

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual terbitan Jahabersa atau pesan terus melalui nombor talifon di atas.

 

Pengenalan ringkas:

 

Buku ini berbentuk soal-jawab, menghimpunkan 47 soalan yang paling lazim ditanya tentang taqdir serta penting untuk diketahui jawapannya. Ia bermula dari soalan yang mudah seperti maksud Qadar dan Qadha sehinggalah yang lebih berat seperti syurga-neraka, hidayah dan kesesatan.

 

Sebahagian dari soalan-soalan tersebut pernah ditanya dan dibincang dalam AFN.

 

Keutamaan diberikan kepada penjelasan yang mudah kerana kerap kali subjek taqdir ini agak sukar dan memeningkan.

 

Sinopsis dari kulit belakang buku:

 

Apabila anda membaca tulisan ini di kulit belakang buku, adakah anda yang memilih untuk membaca atau Allah yang taqdirkan anda untuk membaca? 

 

Apabila anda membuat keputusan untuk terus mengkaji kandungan buku ini, adakah anda yang memilih untuk mengkaji atau Allah yang taqdirkan anda untuk mengkaji?

 

Demikian dua dari sekian banyak persoalan berkenaan Qadar dan Qadha yang mesti kita ketahui jawapannya. Dikatakan “mesti” kerana ia merupakah salah satu dari Rukun Iman dan syarat kepada kesempuranaan tauhid serta aqidah kita. Buku ini mengupas 47 persoalan yang lazim ditanya dan mesti diketahui jawapannya berkenaan Qadar dan Qadha. Ia patut menjadi sumber rujukan dan kajian kita bersama. 


 
Buku baru di pasaran PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 12 August 2010

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Alhamdulillah sukacita dimaklumkan terbitan buku saya yang terbaru seperti berikut:

buku-makna-bidaah-r.jpg

Judul: Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna Sebenar Bid'ah: Beberapa Semakan Teliti Ke Atas Satu Penjelasan Yang (Didakwa) Rapi.

Bentuk & Harga: Soft cover, 355 mukasurat, RM25.00

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru. www.jahabersa.com.my

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual terbitan Jahabersa atau pesan terus secara online di alamat di atas.

Pengenalan ringkas: Buku ini menganalisa, menjawab dan menerangkan kesalahan-kesalahan buku "Makna Sebenar Bid'ah: Satu Penjelasan Rapi" karangan Syaikh Abdullah al-Shiddiq al-Ghumari. Buku yang dimaksudkan ini pernah dibincang dalam thread berikut:


Selamat mengkaji.  

 

 
Buku baru di pasaran: 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Friday, 12 February 2010
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, sukacita saya maklumkan terbitan buku saya yang terbaru seperti berikut:
 
36-kritikan-hf.jpg
Judul: 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas Solat Dan Kelebihannya.


Penerbit:
Jahabersa, Johor Bahru.
07-235 1602
www.jahabersa.com.my

Harga: RM16.00

Di mana?
Kedai-kedai yang biasa menjual buku terbitan Jahabersa, atau pesan terus dari penerbit.

Sinopsis ringkas:

Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan dalil. Kemudian ia  dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah air. Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut menyampaikan ilmu yang benar? Tidak semestinya.

 


Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah “Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya”. Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.

Buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang disebut di atas. Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini, sebaliknya semaklah 36 kritikan yang terkandung di dalamnya. Nescaya anda akan temui kritikan yang memeranjatkan.

 

Maklumat lanjut:

http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=11093/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

Selamat mengkaji.

 
Buku Baru Bulan Jun (3) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah   
Sunday, 29 June 2008
Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 4 buku yang baru:
==================
17_fitnah-small.jpgJudul: Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Penulis: Syaikh Murad Syukri
Penterjemah: Badrul Hisham bin Sulaiman.
Pengulas: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM13.00, 189 mukasurat.

Sinopsis:
Terdapat banyak anggapan konon Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memiliki aqidah dan fiqh yang aneh, bahkan menyesatkan. Akan tetapi persoalannya, ada ia memang begitu atau semata-mata fitnah oleh orang-orang yang jahil dan dengki?

Buku ini menyenaraikan 17 fitnah yang paling masyhur dilontarkan terhadap beliau, diikuti dengan jawapan yang tuntas lagi padat bagi menjawab setiap satu daripada fitnah tersebut. Antara fitnah yang dimaksudkan ialah persoalan alam ini sediakala, tuhan memiliki batasan, tuhan berjisim, neraka akan binasa, tuhan duduk di atas belakang nyamuk, tiada kiasan (majaz) dalam bahasa arab, talak 3 hanya jatuh 1 dan larangan menziarahi kubur Nabi.
Baca lagi...
 
Buku Baru Bulan Jun 2008 (2) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 18 June 2008
al-hafiz.jpgAssalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 2 buku yang baru:
==================
Judul: 10  Ciri al-Hafiz Cemerlang.

Penulis: Badrul Hisham bin Sulaiman.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)

Harga: RM20.00, 196 mukasurat.

Sinopsis: Buku ini menerangkan ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seorang penghafaz al-Qur’an. Ia ditulis bukan sahaja khusus untuk para pelajar tahfiz tetapi juga untuk seorang hafiz yang sudah agak “berkarat” hafalannya dan orang awam yang ingin menghafal dan mengamalkan al-Qur’an.
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 11
 
 

Statistik

739,843Visitors:
373Visitors today:
644Visitors yesterday:
332.33Visitors per day: Ø
3,497,863Page views:
1,272Page views today:
1,954Page views yesterday:
1,571.21Page views per day: Ø
4.73Page views per visitor: Ø
3,736Page views this page:
179Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.