Mutiara Doa: Dipermudahkan Urusan.

 

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.”

Beberapa pengajaran doa:

  1. Doa ini dibacakan oleh Nabi Musa ketika beliau disuruh oleh Allah untuk pergi berdakwah kepada Firaun. Ia disebut dalam al-Qur’an, surah Taha, ayat 25-28.
  2. Doa ini kita amalkan apabila ingin melakukan sesuatu urusan, agar Allah lapangkan dada kita, iaitu memberi ketenangan dari perasaan berdebar-debar, gusar dan takut. Juga agar Allah mempermudahkan urusan kita, supaya tercapai apa yang kita inginkan sebagaimana yang dirancangkan.
  3. Dalam apa jua urusan, kita pasti berinteraksi dengan orang lain. Maka dengan doa ini kita mohon kepada Allah agar percakapan kita lancar dan jelas agar semua pihak memahaminya dengan tepat. Tiada salah faham, tiada salah sangka.