Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan sebuah buku terbaru:

Judul: Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (Buku 2)

Penyusun: Hafiz Firdaus

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-235-1602)

Saiz: 7 x 7, 224 mukasurat

Harga RM: 17.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku-buku agama terbitan Jahabersa. Atau pesanan pos terus dari penerbit.

Ulasan ringkas:

Buku ini ialah Siri Kedua dalam menghimpun beberapa risalah (artikel) yang releven dengan persoalan umat Islam masa kini. Pengarang risalah terdiri daripada beberapa rakan saya, termasuk diri saya sendiri. Risalah-risalah yang dimuatkan ialah:

[1] Operasi Berani Mati Menurut Neraca Islam

oleh Mohd. Fikri Che Hussain & Hafiz Firdaus Abdullah

(Risalah ini khusus membicara hukum orang yang meletupkan bom pada diri sendiri dalam rangka memerangi musuh - adakah ianya jihad atau bunuh diri?)

[2] Petunjuk Jalan yang Panjang

oleh Tok Janggut

[3] Wahhabi Mengharamkan Zikir Sesudah Sembahyang?

oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

(Jawapan khusus kepada Astora Jabat yang mendakwa dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22/8/2004 kononnya aliran Wahhabi mengharamkan zikir sesudah sembahyang)

[4] Working For The Ideal: The True Invaluable Nature of Women's Work in Islam

oleh Umm Ziyaad

(Khas dalam membetulkan salah pandang umat akan kerjaya apakah yang sebenarnya terbaik bagi wanita dan mulia di sisi Allah)

[5] Kecerdasan Emosi: Satu Pengenalan

oleh Azromihana binti Azmi

[6] Principle references of Ahl Al-Sunnah wa Al-Jama`ah

oleh Muhammad Khairul bin Mohamed

[7] Isra' dan Mi'raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar

oleh Hafiz Firdaus

(Khusus menjawab Astora Jabat kononnya Isra' dan Mi'raj berlaku dalam mimpi atau kepada roh sahaja)

[8] Teringat Zaman Italian Football

oleh Hafiz Firdaus

[9] Mandi Bunga: Suatu Analisis

oleh Hazman Hasan

(Membedah hakikat di sebalik amalan mandi bunga yang masyhur di kalangan masyarakat)

[10] Kerukunan Antara Agama, Bukan Kesamaan Antara Agama

oleh Hafiz Firdaus

[11] Memintas Fiqh Lintas Agama

oleh Hafiz Firdaus

(Risalah 10 & 11 membahas dan mematahkan hujah-hujah aliran Islam Liberal yang mendakwa semua agama adalah sama).

Selamat mengkaji.