Judul : Biografi Tokoh Orientalis Menurut Kitab al-A'lam al-Zarikli

Penulis : Ustaz Mohd. Fikri bin Che Hussain
Penerbit : Perniagaan Jahabersa, 2004 Kuala Lumpur.

Menurut Dr. Mustafa al-Siba'ie rahimahullah dalam kitab beliau bertajuk "Orientalisme dan orientalist", Apabila kita membaca sejarah yang dipelajari oleh anak-anak kita dan segala bidang yang diajarkan kepada mereka di peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, kita pasti terlihat gerakan ini (orientalisme) secara terang-terangan menentang umat muslim kita dan menyelewengkan sejarah peradaban dan ketamadunannya.

Malangnya, mereka yang melaksanakan agenda ini tediri dari kalangan anak-anak penjajah yang telah diasuh dengan acuan yang mereka kehendaki. Merekalah yang menyusui anak-anak kita dengan susu mereka, merekalah yang meracuni kotak fikiran anak-anak kita agar generasi ini menjadi bakal pengganti kepada gerakan-gerakan rahsia mereka."

Sungguh tepat sekali Dr. Mustafa al-Siba'ie ini jika kita hubungkannya dengan realiti keadaan sekarang ini di Malaysia. Gerakan-gerakan sesat yang bertopengkan Islaam sekarang sedang hebat menyerang Islaam dari dalam yang jika diteliti hujah-hujah mereka memang boleh kita lihat pengaruh-pengarus ajaran orientalist terpalit padanya. Contoh-contoh pergerakkan seperti ini adalah Jaringan Islam Liberal, Neo Mu'tazilah, Modernist, Anti Hadeeth, Golongan Rationalist (penyembah Aqal) dan lain-lain lagi. Jadi memang bertepatan sekali Ustaz Mohd. Fikri bin Che Hussain (Alamghiri) untuk memilih tajuk ini untuk dijadikan sebuah buku memandangkan ancaman dari kelompok-kelompok ini semakin terasa apatah lagi mereka ini pula diberi ruang yang luas untuk menulis di akhbar-akhbar, majalah-majalah dan juga adakalanya muncul di kaca TV.

Siapakah Orientalis ini? Mereka ialah tokoh-tokoh dunia barat yang mengkaji tentang dunia timur meliputi peradaban, politik, ekonomi, kesenian, keagamaan dan pelbagai lagi. Buku ini membri tumpuan khas kepada biografi para Orientalis yang mengkaji tentang ilmu-ilmu agama Islam. Terdapat dua matlamat utama penulis menyusun buku ini :

Pertama : Memberi kesedaran kepada umat Islam akan kerajinan orang-orang Barat mengkaji ilmi-ilmu Islam sehingga patut dijadikan sumber teladan atau motivasi kepada kita semua.

Kedua : Memberi pengenalan kepada umat Islam terhadap beberapa tokoh orientalist yang sedia diketahui memiliki niat jahat menyelewengkan ilmu-ilmu Islam daripada yang asalnya.