Assalamualaikum, ustaz..
1. Kaifa haluka??:)
2. Nak mintak pendapat ustaz mengenai perkahwinan yang dirancang oleh ibu bapa..

syukran jazilan
jazakallahu khairan jazak

 

Jawapan HF:

wa'alaikumussalam warahmatullah,

Maaf kerana amat lewat menjawab. Saya sihat dan baik, alhamdulillah.

Perkahwinan yang dirancang oleh ibubapa, ada kelebihan dan kekurangannya:

Kelebihannya adalah pilihan ibubapa lazimnya berciri-ciri nilai kehidupan yang terbaik seperti pekerjaan, pendapat, kestabilan hidup dan sebagainya.
Pilihan anak selalu prioriti ialah cantik/hensem dan kerana cinta. Jadi pilihan ibubapa akan membawa manfaat dalam jangka masa yang panjang.

Kekurangannya adalah, anak yang nak kahwin, bukannya ibubapa. Jadi selalunya pilihan ibubapa tak "ngam" dengan citarasa anak.

Dalam bab ini yang terbaik ialah sentiasa berunding dengan ibubapa. Akan tetapi jangan menengking atau memarahi mereka kerana keredhaan Allah berada pada keredhaan ibubapa.

Harap dapat membantu, wassalam.