Majalah
Nur: Faktor yang menyebabkan kapten tergerak untuk
menunaikan haji (mention ketika itu usia berapa dan tahun bila)?
Hafiz
Firdaus: Alhamdulillah, saya dan isteri menunaikan haji pada
tahun 1996. Ketika itu umur saya 25 tahun. Terdapat beberapa faktor, antara
yang utama ialah amal ibadah jangan ditangguhkan. Jika kita mengangguhkannya,
Allah juga menangguhkan rahmat dan ganjarannya kepada kita.
Majalah
Nur: Apakah persediaan mental
kapten sebelum ke
Hafiz Firdaus: Tak banyak.
Lebih kepada keseronokan dan semangat positif. Lebih penting ialah persediaan
ilmu. Untuk ini saya dan isteri berjumpa Ustaz Safwan Fathy di Shah Alam dan
meminta beliau memberi kursus haji khas kepada kami berdua sahaja selama dua
hari. Alhamdulillah, cara ini jauh lebih efisyen dan berkesan berbanding kursus
haji yang berminggu-minggu itu.
Majalah Nur: Selama ini kita dengar
kebanyakan yang menunaikan haji adalah kalangan mereka yang sudah berusia,
bagaimana kapten menyesuaikan diri dengan mereka ketika di mekah?
Hafiz Firdaus: Alhamdulillah,
ada manfaatnya kerana kami berdua yang masih muda ketika itu dapat mendengar
pengalaman serta nasihat mereka.
Majalah Nur: Apakah kelebihan
mengerjakan haji ketika masih muda?
Hafiz
Firdaus: Ketika usia muda, kita berada dalam keadaan
fizikal dan kesihatan yang baik untuk melakukan semua aktiviti haji. Terus
terang saya katakan ibadah haji agak mencabar kepada fizikal dan kesihatan
seseorang.
Selain itu
ketika usia muda, minda kita lebih cepat untuk menangkap dan memahami ilmu.
Ilmu haji agak banyak dari rukun-rukunnya, syarat-syarat wajib, sunat
sehinggalah kepada adab-adab ziarah. Maka dalam suasana umur muda, minda muda, ibadah
haji tidak terasa susah mahupun rumit.
Kelebihan
yang lain, apabila berada di tanah suci kita dapat membantu mereka yang sudah
agak uzur. Kita yang muda dapat membantu mereka seperti memimpin ketika tawaf
dan sa’e, melindungi mereka ketika melontar di jamrah, mengangkat beg sehinggalah
kepada mengambil air zam-zam untuk mereka minum. Maka selain pahala haji, dapat
juga pahala membantu orang, insya-Allah.
Tidak
ketinggalan, haji pada umur muda dapat melahirkan keinsafan dalam diri sendiri.
Sambil melihat kehebatan syiar-syiar agama di
Majalah Nur: Kebanyakan
orang sekarang takut atau rasa tidak bersedia untuk bergelar haji ketika masih
muda kerana bimbang tidak dapat membawa tittle haji dengan baik. Apa pendapat
anda mengenai hal ini dan apakah cabaran-cabaran untuk menyesuaikan penampilan
dengan title berkenaan?
Hafiz
Firdaus: Pertama sekali, Islam tidak menuntut kita
bergelar, memakai atau membawa title haji. Gelaran Haji fulan atau Hajjah
fulanah adalah kebiasaan masyarakat. Malah jika dikaji lebih mendalam, gelaran
seperti itu boleh membawa kepada perasan riyak, iaitu kesukaan agar orang lain
mengetahui tentang amal ibadat yang dilakukannya. Riyak termasuk dalam kategori
syirik. Maka apabila melaksanakan ibadah haji pada apa jua umur, tidak digalakkan
“memasang” gelaran haji dan hajjah.
Selain itu,
melaksanakan haji tidak bererti menyempurnakan diri sendiri. Sebagai manusia
tentu saja kita akan tersilap, terlanjur dan tersungkur. Maka sikap yang betul
ialah akui kelemahan dan berusaha untuk memperbaikinya. Sikap ini dilaksanakan
sama ada sebelum atau selepas melaksanakan haji.
Jangan
sangka orang yang melaksanakan haji pada umur 60 tahun tidak akan berbuat silap
dari sudut agama pada umur 61 tahun!
Majalah Nur: Sudah
berapa kali ke
Hafiz
Firdaus: Haji hanya wajib sekali seumur hidup. Jika kita
miliki kemampuan kewangan dan fizikal yang lebih, maka gunakanlah ia untuk
membantu umat Islam. Apabila melaksanakan haji, kita mendapat pahala haji itu sahaja.
Sebaliknya apabila kita membantu umat Islam, kita mendapat pahala dari semua
orang yang kita bantu. Pahala itu pula berterusan sekalipun selepas kita
meninggal dunia.
Majalah Nur: Ceritakan
mengenai pengalaman yang paling berharga dan tidak akan dilupakan sepanjang
berada di Tanah Suci?
Hafiz Firdaus: Pengalaman
paling berharga ialah suasana berinteraksi dengan orang ramai, iaitu mereka
yang sekumpulan dengan saya. Di antara mereka ada yang baik, beradab dan
menjadi contoh teladan.
Namun yang tidak dapat saya lupakan ialah sebahagian lain yang amat
kurang adab. Sekalipun mereka tidak lepas solat
Majalah Nur: Apakah nasihat anda
kepada mereka yang masih enggan ke Tanah Suci walaupun mempunyai kemampuan?
Hafiz Firdaus: Dalam surah
Ali Imran, ayat 133, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu
kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan
kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Maka apa jua amalan yang dapat kita segerakan, maka segerakanlah ia.
Atau lebih baik jika kita berusaha untuk menyegerakannya. Jika kita sengaja
melengahkannya, akhirnya diri kita jua yang rugi. Rugi dunia dan akhirat.