Soalan: 

Semasa Mandi Wajib, tiba-tiba telefon berbunyi lalu kita menjawab telefon tersebut. Persoalannya, adakah mandi hadas itu perlu diulang atau disambung terus di bahagian yang terhenti tadi?

Asykin Ashraf, Durian Tunggal, Melaka.

 

Jawapan:

Mandi Wajib ialah satu ibadah kepada Allah, maka janganlah mengutamakan sesuatu yang lain ketika sedang Mandi Wajib. Pengecualian ialah apabila secara tiba-tiba muncul urusan lain yang amat penting.

Jika sedang Mandi Wajib lalu terpaksa mengurusi satu hal lain yang penting, maka setakat ini saya tidak menemui atau mengetahui petunjuk Rasulullah sama ada untuk meneruskan apa yang tertinggal atau mulakan semula dari awal. Oleh itu saya serahkan kepada pilihan penyoal. Adapun bagi diri saya sendiri, saya akan mulakan semula Mandi Wajib itu dari awal.