Soalan:

Walaupun ibu dan ayah saya telah bercerai, tetapi ayah masih bertanya khabar kami adik beradik. Malangnya ibu tidak suka dan menghalang kami daripada berjumpa dengan ayah. Bagaimanakah caranya agar kami dapat menghormati kedua-duanya tanpa menyakiti salah seorang daripadanya?

Marlia Syafie, Kuala Terengganu, Terengganu. 

 

Jawapan:

Sebagai seorang anak, anda boleh berperanan menyedarkan ibu bahawa seorang ayah tetap memiliki hak untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Ini kerana meskipun hubungan ibu dan ayah sudah berakhir dengan perceraian, hubungan ayah dan anak tidak boleh berakhir kerana ia adalah hubungan darah. Demikian juga hubungan ibu dan anak. Oleh itu adalah satu kesalahan jika ibu melarang ayah berjumpa dengan anak-anak yang merupakan sebahagian daripada darah dagingnya.

Justeru nasihatilah ibu dengan hikmah dan bertahap-tahap, serta jangan lupa untuk berdoa kepada Allah Subhanahu waTa'ala.