Soalan:

Masalah saya ialah jiwa saya tidak tenang dan fokus semasa mengerjakan solat. Adakah solat saya itu sia-sia dan bagaimana caranya untuk saya tumpukan perhatian dalam solat?

Rozie Khalid, Rawang, Selangor.

 

Jawapan:

Fokus atau khusyuk dalam solat termasuk dalam keutamaan solat, bukan syarat sah solat. Oleh itu solat anda tetap sah, hanya jumlah pahala yang berkurang selari dengan kekurangan khusyuk. Tingkatkan kekhusyukan dengan berdoa meminta pertolongan Allah, berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan (baca A’uzubillahi minash syaithanir rajim) dan menghayati bacaan yang sedang dibaca dalam solat.