Telah berlaku kemungkaran dalam khutbah Jumaat di tempat saya (Sek 7, Shah Alam) sebentar tadi.

Khatib menyebut:

...Rasulullah s.a.w. MERAIKAN hari kelahirannya dengan berpuasa pada hari Isnin.

Apabila ditanya kenapa baginda berpuasa Hari Isnin, baginda menjawab, "Hari tersebut adalah hari aku dilahirkan dan hari aku diutus menjadi Rasul." Hadis riwayat Muslim. Jelas di sini bahawa meraikan Mawlid Rasul bukanlah satu kesalahan. Asalkan di dalamnya ada perkara yang baik-baik seperti zikir, selawat dan qasidah....

Sekian khatib.

 

Perhatikan bahawa:

[1] Hadis yang dibacakan adalah sahih. Ia dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 1978/1162.

[2] Beribadah - yakni berpuasa - tidak dapat dikatakan sebagai satu "perayaan" atau "meraikan".

[3] Nabi s.a.w. tidak berpuasa pada setiap12 Rabiul Awwal, tetapi berpuasa pada setiap isnin.

[4] Andai benar hadis di atas hendak dijadikan dalil sambutan Mawlid, maka hendaklah dianjurkan umat Islam berpuasa sunat setiap hari Isnin pada setiap minggu.

[5] Zikir, selawat dan qasidah yang lazim dilakukan di Malaysia pada hari sambutan Mawlid bukanlah sesuatu yang "baik-baik".

Ia menyalahi kaedah zikir yang disyari'atkan (rujuk surah al-A'raaf 7:205), menyalahi perintah Nabi agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda Nabi dan mengandungi khurafat apabila diyakini Nabi turut hadir dalam majls-majlis selawat dan qasidah tersebut.

[6] Merupakan satu kemungkaran yang besar apabila penulis teks khutbah atau khatib berdusta ke atas Nabi s.a.w. dan para jemaah dengan menjadikan sunnah baginda berpuasa pada setiap Isnin sebagai dalil sambutan Mawlid.