Tazkirah pagi ini ditujukan kepada mereka yang makan makanan barat (Western Food).

Dibolehkan makan makanan barat, tetapi jangan pula dengan etika pemakanan Barat.

Pastikan menyuap dengan garpu di tangan kanan, sementara pisau di tangan kiri.

Sabda Nabi s.a.w.,

لَا يَأْكُلَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ بِشِمَالِهِ وَلَا يَشْرَبَنَّ بِهَا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِهَا.

Jangan seseorang di antara kalian makan dengan tangan kirinya dan jangan minum dengannya (tangan kiri), kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri dan minum dengannya (tangan kiri).

(Shahih Muslim no. 3765/2020).